Makanan Tradisional di Malaysia
Memandangkan sekolah dah mula buka ana teringatlah sewaktu ana tolong
siapkan folio kajian tempatan anak ana semasa berada di sekolah rendah
dahulu...Tajuknya Makanan Tradisional di Malaysia ...punyalah sibuk
hampir seminggu untuk menyiapkan projeknya kerana terpaksa menGoogle
cari bahan-bahan dan foto-foto untuk di selitkan ..Oleh itu ana mendapat
ilham untuk membuat satu entri untuk pelajar-pelajar mendapatkan serba
sedikit bahan sekiranya hendak menyiapkan tugasan berkaitan Makanan
Tradisional di Malaysia... apa yang ana kongsikan disini adalah hasil
pemerhatian dan pengetahuan ana yang tak seberapa ini..
Makanan Tradisional Kaum Melayu di Malaysia:
Boleh dikatakan makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini
kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum
ataupun sebagai hidangan harian keluarga.Ia terdiri daripada makanan
utama dan juga kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut...Disini ana
kelaskan kepada dua kategori:
Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:
Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di
Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau
Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan
makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan
asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik
membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau
daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.
|
Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas |
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana
bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang
dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun
serunding.
|
dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging |
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional
yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih
siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan
kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang
jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada
yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan
bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.
|
Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang. |
|
|
Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk
perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras
pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala
dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau
berjam-jam diatas api sehingga pekat.
|
dodol dan wajik |
Juadah sajian harian:
Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi
putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan
sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat
campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum
Melayu di sini.Oleh itu ana ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih
tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur
kemelayuannya.
Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis
seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang
menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa
parut dan sebagainya.
|
tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka. |
Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan
dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di
Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang
dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta
dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak
atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta
dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.
|
Sata dan pulut panggang |
Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah
tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus
kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh
dimakan.
|
tapai pulut dan tapai ubi kayu |
Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh
dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat ana coretkan diruang ini
untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang
terdapat di Malaysia.
Makanan Tradisional Kaum Cina di Malaysia:
Sekarang kita beralih pula tentang makanan tradisional kaum Cina di
Malaysia yang pernah ana baca dan ketahui serba sedikit.Ana bahagikan
kepada dua iaitu makanan harian dan makanan sempena perayaan mereka.
Makanan Harian Kaum Cina di Malaysia:
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan
teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan
macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga
telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan
Mi Sizzling..
|
char koey tiaw & yee mee sizzling |
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak
bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka
juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan
makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di
Malaysia.
|
Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran |
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita
ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan
dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali
sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum
Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
|
Tang Yuan & Spring Roll |
Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan
tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
Tahun Baru Cina:
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di
Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang
berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada
merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan
besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk
pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih
seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang
bertandang.
|
Yee Sang |
|
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin |
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan
Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5
kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan
dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
Akhir sekali ana juga sempat menGoogle sedikit maklumat tentang kuih
Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8
kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi
pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia
terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk
dimakan oleh orang Melayu disini.
|
Kuih Bulan |
Makanan Tradisional Kaum India di Malaysia:
Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang mewarnai
kepelbagaian tradisi di sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum India
ini berasaskan rempah ratus yang merupakan elemen penting dalam masakan
mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-orang India juga kini dinikmati
oleh semua lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan
tengahari ataupun sebagai pencuci mulut...
Makanan Harian Kaum India di Malaysia:
Ana mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan
masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan
tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan
bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal
kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan
restoran-restoran mamak diserata tempat.
|
Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia |
Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang
pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang
satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi
di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing
atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..
|
Makanan nasi kaum India di Malaysia |
Makanan tradisional untuk perayaan Deepavali kaum India di Malaysia:
Selain dari menu-menu di atas yang di masak untuk makanan harian mereka
juga menyediakannya untuk perayaan Deepavali disamping beberapa jenis
juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang
seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan
kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
|
Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia |
Oklah sampai disini sahaja yang dapat ana rumuskan tentang makanan
tradisional kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia ini.Sekiranya
terdapat apa-apa fakta yang tidak tepat ana mohon maaf terlebih dahulu
kerana apa yang ana tuliskan disini adalah berdasarkan pengalaman
peribadi,pembacaan dan dari Google Search di internet.Sekalung terima
kasih kepada
Google Image khasnya rakan-rakan blogger dan website yang mana telah ana pinjam foto-foto dari sana.