Monday, 18 August 2014

GST untuk kebaikan dan keburukan semua

GST untuk kebaikan semua

JIKA mengikut perancangan awal kerajaan, cukai perkhidmatan dan barangan (GST) sepatutnya sudah dilaksanakan dua tahun lalu iaitu pada 2007. Bagaimanapun, pelaksanaannya yang diperkenalkan pada 2005 ditangguhkan kerana dilihat agak tergesa-gesa selain negara memerlukan sebuah penstrukturan semula cukai yang lebih sistematik.
Selepas empat tahun, kajian mekanisme GST menerusi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ketika ini sudah berada pada fasa terakhir dan akan dibentangkan pada akhir sidang Dewan Rakyat. Pelaksanaannya pula dijangka pada 2011.
Tidak dinafikan, pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem tersebut. Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan. Ia juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.
Itu antara kelebihan yang dinikmati oleh rakyat di negara yang sudah lama melaksanakan GST seperti di New Zealand, Australia dan Singapura. Di rantau Asia Tenggara ini pula, hampir seluruh negara sudah melaksanakan sistem cukai itu melainkan tiga buah negara sahaja iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar.
Keburukan
Namun negara perlu realistik dalam membuat perbandingan kerana tidak semua pelaksanaan GST memberi kelebihan kepada negara-negara tertentu. Di Kanada misalnya, kerajaan Parti Progresif Konservatif pimpinan Perdana Menteri Brian Mulroney tumbang pada 1993 apabila memperkenalkan GST pada 1989. Hong Kong juga ketika ini dikatakan sedang mengkaji semula pelaksanaan GST.
Ini secara tidak langsung menunjukkan pelaksanaan GST bukan mudah untuk diterima lebih-lebih lagi di kalangan rakyat. Terdapat beberapa perkara daripada pelaksanaannya yang jika tidak diperhalusi boleh membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin. Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang agak perlahan ketika ini serta kos kehidupan yang agak tinggi, pelaksanaan GST mungkin dilihat tidak kena pada masanya.
Dalam sistem percukaian yang digunakan ketika ini misalnya, golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai. Tetapi selepas pelaksanaan GST, mereka bakal dikenakan cukai secara tidak langsung yang dipindahkan kepada perkhidmatan dan barangan.
Bagi rakyat berpendapatan rendah, hakikat itu mungkin satu bebanan berbanding dengan golongan kaya yang mendapat kelebihan kerana tidak lagi perlu membayar cukai yang tinggi serta beberapa cukai yang dikecualikan. Rakyat juga bimbang pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung tinggi. Ini sememangnya berlaku di negara-negara yang mula melaksanakan dasar tersebut.
Gambaran-gambaran sebeginilah yang berlegar-legar di kalangan rakyat kebanyakan menyebabkan ramai yang masih belum faham mengenai GST. Lebih malang, ia dimanipulasi pula oleh sesetengah pihak untuk menghentam kerajaan meskipun mereka mengetahui pelaksanaannya mampu memberi kelebihan kepada semua pihak.
Hakikatnya, GST mengecualikan beberapa perkhidmatan dan barangan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk disediakan kepada rakyat kebanyakan, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin.
Antaranya yang dijangkakan bebas GST ialah makanan, pendidikan, kesihatan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kebajikan dan keagamaan. Perlu juga untuk difahami bahawa cukai GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pengguna dengan asas yang lebih meluas. Bukannya cukai perniagaan yang membolehkan kumpulan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati. Dalam situasi ini, peranan peniaga hanyalah sebagai ejen cukai kepada kerajaan. Kenaikan harga barang dalam satu-satu masa pula lebih kepada barangan mewah.

Agsiment

Makanan Tradisional di Malaysia

Memandangkan sekolah dah mula buka ana teringatlah sewaktu ana tolong siapkan folio kajian tempatan anak ana semasa berada di sekolah rendah dahulu...Tajuknya Makanan Tradisional di Malaysia ...punyalah sibuk hampir seminggu untuk menyiapkan projeknya kerana terpaksa menGoogle cari bahan-bahan dan foto-foto untuk di selitkan ..Oleh itu ana mendapat ilham untuk membuat satu entri untuk pelajar-pelajar mendapatkan serba sedikit bahan sekiranya hendak menyiapkan tugasan berkaitan Makanan Tradisional di Malaysia... apa yang ana kongsikan disini adalah hasil pemerhatian dan pengetahuan ana yang tak seberapa ini..

Makanan Tradisional Kaum Melayu di Malaysia:

Boleh dikatakan makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga.Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut...Disini ana kelaskan kepada dua kategori:

Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:

Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.
Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.

dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.

Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang.

Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.

dodol dan wajik

Juadah sajian harian:

Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu ana ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.

Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.

tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.
Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

Sata dan pulut panggang
Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh dimakan.

tapai pulut dan tapai ubi kayu
Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat ana coretkan diruang ini untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang terdapat di Malaysia.

Makanan Tradisional Kaum Cina di Malaysia:

Sekarang kita beralih pula tentang makanan tradisional kaum Cina di Malaysia yang pernah ana baca dan ketahui serba sedikit.Ana bahagikan kepada dua iaitu makanan harian dan makanan sempena perayaan mereka.
Makanan Harian Kaum Cina di Malaysia:
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling..

char koey tiaw & yee mee sizzling
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
Tang Yuan & Spring Roll

Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
Tahun Baru Cina:
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.

Yee Sang
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
Akhir sekali ana juga sempat menGoogle sedikit maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
Kuih Bulan

Makanan Tradisional Kaum India di Malaysia:
Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang mewarnai kepelbagaian tradisi di sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum India ini berasaskan rempah ratus yang merupakan elemen penting dalam masakan mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-orang India juga kini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan tengahari ataupun sebagai pencuci mulut...
Makanan Harian Kaum India di Malaysia:
Ana mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia
Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..
Makanan nasi kaum India di Malaysia
Makanan tradisional untuk perayaan Deepavali kaum India di Malaysia:
Selain dari menu-menu di atas yang di masak untuk makanan harian mereka juga menyediakannya untuk perayaan Deepavali disamping beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia
Oklah sampai disini sahaja yang dapat ana rumuskan tentang makanan tradisional kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia ini.Sekiranya terdapat apa-apa fakta yang tidak tepat ana mohon maaf terlebih dahulu kerana apa yang ana tuliskan disini adalah berdasarkan pengalaman peribadi,pembacaan dan dari Google Search di internet.Sekalung terima kasih kepada Google Image khasnya rakan-rakan blogger dan website yang mana telah ana pinjam foto-foto dari sana.

Monday, 4 August 2014

terenggganu

Tempat Menarik di Terengganu

Pasar Payang Kuala Terengganu
Destinasi paling happening di Kuala Terengganu – Kedai Pasar Payang! Rasanya ramai yang setuju dengan Cuti Malaysia Pasar Payang adalah tempat paling best untuk shopping di Kuala Terengganu, mengalahkan shopping mall kan! Dari awal lagi memang dah masukkan Pasar Payang dalam itinerary percutian Cuti Malaysia ke Terengganu. Pasar Payang memang popular dikalangan pelancong yang bertandang ke Terengganu sebagai tempat membeli belah pelbagai barangan unik lagi menarik seperti => Tunggu!! Lagi Informasi Cuti Malaysia Di Sini..

Muzium Terengganu: Muzium Terbesar Malaysia

by ADMIN CUTI MALAYSIA on MAY 30, 2013
Pemandangan Indah Muzium Negeri Terengganu
Menjejak sejarah Negeri Terengganu, Cuti Malaysia ke Muzium Terengganu atau lebih masyhur dengan nama Muzium Losong. Terletak di Pulau Wan Man dalam daerah Losong,  Muzium Terengganu ini merupakan muzium  paling besar di Malaysia. Untuk kesini => Tunggu!! Lagi Informasi Cuti Malaysia Di Sini..
Bercuti Terengganu Taman Tamadun Islam
Satu lagi tempat jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu  ialah Taman Tamadun Islam. Lokasinya ialah di Pulau Wan Man, dalam daerah Losong bersebelahan Muzium Negeri Terengganu. Taman Tamadun Islam yang pertama di => Tunggu!! Lagi Informasi Cuti Malaysia Di Sini..
Air terjun sekayu
Percutian ke Terengganu membawa Cuti Malaysia ke Air Terjun Sekayu, yang terletak di Hulu Terengganu, 60km dari Kuala Terengganu. Negeri Terengganu bukan sahaja terkenal sebagai negeri warisan pesisir pantai yang cantik, ianya juga kaya dengan hutan lipur dan air terjun yang cukup mengujakan. => Tunggu!! Lagi Informasi Cuti Malaysia Di Sini..
Pesisir Pantai Terengganu merupakan antara pemandangan tercantik di Terengganu yang juga menjadi aset pelancongan utama di negeri Pantai Timur ini. Panjangnya Pantai Terengganu yang mengiringi perjalanan kita yang bercuti ke sini ialah => Tunggu!! Lagi Informasi Cuti Malaysia Di Sini..

johor bahru


List Of Interesting Places In Negeri Johor, Malaysia
Senarai Kawasan Perlancongan Yang Menarik Di Negeri Johor, Malaysia 



Pulau Kukup Johor National Park / Pulau Kukup

Pulau Kukup is one of the largest uninhabited mangroves in the world. It is also the only one situated in Johor waters. Today, Pulau Kukup has received international recognition, being granted the status of a 'Wetland of International Importance' (RAMSAR site) by the Geneva- based Ramsar Convention Bureau. A local folklore tells the tale of Pulau Kukup, an abode for five celestial princesses. One day, one of them fell in love with a sailor and they eloped. A curse was set upon the island of Kukup and it was submerged by sea. 

The island later resurfaced, but it was covered in mangroves. Many have tried to settle on this island, but without success. Some say this is because the island is inhabited by spirits. Pulau Kukup is today the home of countless species of wildlife. Among these are playful monkeys, quiet mudskippers and nosy wild boars. Enjoy the beauty of the national park, and be immersed in a delightful natural ecosystem.


Pulau Rawa / Rawa Island

Sixteen kilometres off the coast of Mersing is Pulau Rawa. The island is famed for its white coral sand, tall palm trees and coral reefs with neon-coloured fish and other exotic marine life. This quiet island only has two choices of accommodation on it. The wooden chalets nestled amongst coconut groves complement the island's reputation as a quaint hideaway, perfect for those wanting to escape the hustle and bustle of the city.

Pulau Sibu / Sibu Island



Pulau Sibu is a pleasant hideaway with its lush tropical vegetation, endless stretches of golden beaches and clear blue waters. The island is also dotted with numerous sea caves carved out of rocks. The constant pounding of the sea during the monsoon season has given the island a beautiful yet rugged appearance. 

The surrounding waters contain fascinating coral reefs teeming with colourful marine life. Shipwrecks off its coast can also be found. In the olden days, Chinese junks and pirate vessels often exchanged cannon fire around this island, and the remains of these battles lie scattered around the seabed. There are facilities for scuba diving, snorkelling, windsurfing, sailing and angling. Visitors can go for a hike through the jungle leading to unspoilt mangrove swamps or visit the kelong, or jetty, where anchovies are caught. Alternatively, head for the kampung, or village, to get a first-hand look at how coconuts are smoked to make copra.


Desaru's beaches / Pantai Desaru

Desaru's beaches are among the best in Johor. Many returning visitors agree that its white sandy beaches are a sight to behold. The beaches are clean, lined with casuarina trees and stretch 25 kilometres long. Here, visitors can enjoy fun- filled activities such as fishing, boating, swimming, hiking as well as other outdoor activities. Take the opportunity to relax or get that sexy tan, while listening to rushing waves and enjoying the cool breeze. Numerous hotels, resorts and chalets line the area, making accommodation simple and convenient.


Pantai Kampung Air Papan



Water Board, coordinated 2 ° 30'59 .26 "N 103 ° 50'5 .6" T, is a beach located in Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Located about 12 KM north of Mersing, the beach is popular with locals, especially on weekends and public holidays. They can swim in the blue water, playing in the beach area or just sit and relax in the shade of the trees along the edge of the beach. From here, visitors can see quite clearly the archipelago as the Big Island, Rawa Island, Tioman Island and Middle Island, and nearby smaller islands such as Pulau Batu Gajah and Pulau Setindan.



Endau Rompin National Park

Endau Rompin, straddling the Johor/Pahang border, is the second National Park after Taman Negara. It covers an area of approximately 80,000 hectares of rich and exotic flora and fauna, encompassing the watershed of the rivers Endau and Rompin, from which it derives its name. In other words, this place is huge. The park is home to a vast species of birds, mammals, frogs, insects and exotic varieties of orchids, herbs, medicinal plants and trees. It seems that every time a scientific expedition returns from Endau Rompin, they discover a new species! 

Regular treks through the jungle will give adventurers sightings of leaf monkeys, long-tail macaques, white- handed gibbons, elephants, deer, tapirs and the occasional tiger and leopard. For adventure lovers and river trekkers, there are exhilarating rapids and fairly substantial waterfalls. To protect the pristine environment, only limited areas of the park are open for ecotourism. Entry to the park requires a special permit from the Johor National Park Corporation.

Gunung Ledang /  Ophir Mount

Shrouded in mystical legends and folklore, Gunung Ledang continues to charm and intrigue locals and visitors alike. According to the legend of the Princess of Gunung Ledang, the Sultan of Melaka wanted the Princess' hand in marriage and she, not wanting to marry him, demanded that the Sultan present her with seven jars of women's tears, seven trays of mosquitoes' hearts and seven bowls of the Sultan's son's blood. After he was unable to meet these impossible requests, she fled to the mountain and continues to live in a hidden cave, to this day. 

The mountain is ideal for a myriad of outdoor activities with challenging mountain trails, icy waterfalls, and exotic flora and fauna, including many species of birds. At the relatively flat summit, which is 1,276m above sea level, a panoramic view of the Straits of Melaka and even the Sumatran coastline can been seen on a clear day. Also, Sagil Waterfall is a popular picnic spot at the base of the mountain.

Tanjung Piai National Park

If you've ever dreamed of falling asleep to the lilting sounds of the ocean, or waking up to the splendour of the universe, Tanjong Piai presents itself as a natural wonderland at the southernmost tip of Asia.  Located 90km south of Johor Bahru's city centre, Tanjung Piai's natural wonders have been gazetted into a National Park. Its beautiful mangroves, important for their resilience, are one of the mainstays to sustainable growth of the various mangrove wildlife. They also serve to protect the land from the fierce onslaught of the wild sea. 

Frolic with wide-eyed mudskippers, funny macaques, wild birds and other wildlife. Platforms built throughout the park allow visitors to observe the different habitats supported by the mangroves. Just bring a pair of good walking shoes to enjoy the mangroves in comfort.


Kota Tinggi Waterfalls / Air Terjun Kota Tinggi

Kota Tinggi Waterfalls is located about 16 km from Kota Tinggi. waterfall located in the mine, 16 kilometers northwest of the city, is a very popular tourist destination. As high as 36 meters, this waterfall is located at the foot of Mount Muntahak which has a height of 634 meters. The cold water flowing across some shallow pool ideal for swimming. The natural beauty of some of these places have been damaged by the development of the resort with artificial landscaping.


Sungai Lebam Wetlands

Watching fireflies, or lightning bugs, is one of the main attractions in the Sungai Lebam Wetland Preservation area. Catching sight of the synchronised blinking lights for the first time is a magical experience. Fireflies emit light at their lower abdomen to attract mates and also scare away predators. They are harmless, but visitors should refrain from catching any as this would pose a threat to its fragile population. 

Fireflies often congregate at a vast mangrove swamp, especially at the Berembang trees. One should keep silent and avoid flash photography so as not to scare them away.  There are fewer fireflies around on rainy nights and when the moon is full. The best time to watch fireflies is one to four hours after sunset. To get the most out of your trip, do plan your journey in advance.




Danga Bay

Danga Bay is the largest recreational park in Johor. The park is situated close to the Istana Bukit Serene . Danga Bay is usually the choice of location for events during the festive season. Danga Bay is expected to be the next exclusive waterfront development as it offers high-end outlets, luxurious properties as well as entertainment. The Danga Bay is easily accessible through the network of main roads which makes this place a frequently visited spot by the locals.

Mawar Gallery

The first of its kind in Malaysia, the Mawar Gallery showcases the "Gracious and Famous Ladies of Johor". Housed in a building about 100 years old, the permanent gallery is an amazing achievement towards the recognition of women in Johor, especially to those who have publicly contributed to the knowledge and achievements of Johor.  Portraits of all past Sultanahs of Johor since 1886 until the present day, as well as ladies of the Royal Family and grand ladies of Johor are displayed here, serving as a tribute to ladies from all walks of life and professions. 


Puteri Harbour Theme Park 

Puteri Harbour Theme Park is in a modern block which resembles a shopping mall or an office complex. A sign outside says 'Little Red Cube'. It is located in the fast developing Nusajaya district adjoining a new marina and faces Singapore on the opposite bank of the Straits of Johor.

Part of this complex was still being completed and no doubt more shops and restaurants will open up in the coming months. The Ground Floor of the complex is made up of a large merchandise store, the Red Bow CafĂ© and the ticketing counters. The shop sells Hello Kitty, Pingu, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina and Thomas the Tank Engine products. Escalators lead up the First Floor where Sanrio Hello Kitty Town is located. The escalators continue up to the Second Floor and Third Floors where the Little Big Club is located.




Zoo Johor

Zoo Johor is considered as one of the oldest zoos in Malaysia as it was built in the year of 1928. There are more than 100 species of animals living in Zoo Johor including some endangered species of them animals. They are gorillas, elephants, flamingos, horses, lions and much more. The entrance fee is just RM3. The zoo is clean and well organized with clean food selling around the stalls. This is definitely one favorite spot for families especially the children. There are animal shows for the entertainment of you folks too.


Johor Premier Outlets

Shopaholics will love this place, an outdoor shopping centre with a collection of over 60 designer fashion, sportswear, shoes, bags, accessories and gift shops selling branded items at direct from factory prices. Not really my cup of tea, but a pleasant atmosphere, plenty of parking and a good selection of places to eat.




Legoland Malaysia Theme Park


Legoland Malaysia theme park, the first in Asia, is situated in Nusajaya, Johor. Situated on 76 acres of land, the park is the sixth such park to open in the world. Previous parks are located in Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, USA (1999), Germany (2002), Florida, USA (2005). Legoland is built with over 40 interactive rides, shows and attractions. One of the main attractions here is the Miniland. More than 30 million lego bricks are used in the building of these monuments including the Petronas Twin Towers, The Merlion Statue, Taj Mahal and others.

These well-known buildings are built using lego bricks, an interactive world on a scale of 1:20 where people, trains and aeroplanes come to life at the touch of a button. Other attractions at the park include Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic. In the theme park, there is also an Observation Tower which is the highest tower in Legoland Malaysia, some 60 meters from the ground. This is also the third Legoland observation tower in the world after Denmark and Germany. Legoland is a fascinating place to visit for children and adults alike!


Kota Iskandar, Johor

Kota Iskandar, Johor State Administrative Centre was opened in April 2009 and is now one of the must see places in Johor. Inspired by Moorish-Andalusian and Johor Malay designs and motifs, Kota Iskandar is Malaysia’s first Experiential Parliament where visitors through our guided tours will be allowed the chance to enter Johor’s beautiful state parliament hall and immersed in Johor’s rich culture and history while understanding the symbolisms and abstract interpretations in true style and splendour of Kota Iskandar- Johor’s Living Legacy.