Monday, 28 July 2014

Tempat Menarik Di Melaka

tempat menarik di melaka, a famosa, dataran pahlawan, bandar hilir, melaka

Tempat Menarik Di Melaka


1. A-Famosa
Seperti gambar diatas, kota A famosa terletak betul-betul belakang Dataran Pahlawan. Ia merupakan tugu kepada tentera Portugis pada ketika dahulu

2. Istana Kesultanan Melaka
Istana Kesultanan Melaka terletak di sebelah A Famosa. Harga tiket hanya RM3. Di dalamnya, terdapat sejarah-sejarah Melaka ketika dahulu antaranya balairung istana, hang tuah dan jebat, pedagang-pedagang dan lain-lain.

3.  Menara Taming Sari
Taming Sari terletak di sebelah Dataran Pahlawan. Harga tiket RM10 dan anda di bawa keatas selama 7 minit untuk menyaksikan keindahan negeri melaka.

4. Maritime Museum (Muzium Samudera)
Muzium Samudera atau Maritime Museum ini terletak di belakang Menara Taming Sari dan Bukit A Famosa. Harga tiket RM2 dan anda dapat melihat model-model bahtera dan senjata yang digunakan ketika dahulu.

4. Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka terletak di tepi selat melaka. Anda boleh melihat keindahan selat melaka semasa berada disini kerana masjid ini terletak betul-betul sebelah selat Melaka

5. Muzium Kapal Selam, Klebang
Muzium Kapal Selam terletak di Klebang. RM1 per pax dan korang boleh masuk dan lihat keadaan sebenar di dalam sesebuah kapal selam.

6. Melaka Wonderland Theme Park
Melaka Wonderland terletak di Ayer Keroh. RM30 untuk dewasa. Tempat sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

7. Coral Wonderland
Coral Wonderlang terletak di aras 4, bangunan Dataran Pahlawan. RM30 untuk dewasa dan korang boleh lihat dan pegang kehidupan laut, bagi makan kepada penyu dan lain-lain.

8. Indoor PaintBall dan Go Kart
Indoor PaintBall dan Indoor Go Kart terletak di Aras 6, Plaza Hang Tuah.

9. Pantai Puteri, Tanjung Kling
Pantai Puteri adalah tempat yang sesuai untuk riadah di tepi pantai di Melaka. Hotel Pantai Puteri pula terletak betul-betul di hadapan Pantai Puteri
- See more at: http://trigyy.com/2013/11/tempat-menarik-di-melaka/#sthash.ftdtBRxG.dpuf

No comments:

Post a Comment