DEFINISI MURTAD
Perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab
iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa perkataan riddah
kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali daripada
sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa
pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam
untuk tidak mempercayai Islam atau meninggalkan Islam untuk mempercayai
agama lain. Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggalkan atau
keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana
akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samaada dengan
melalui perkataan, perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan
keyakinan hati.
No comments:
Post a Comment